Peringatan Penting Tentang Keselamatan Digital –
TAC adalah kunci terakhir akaun kita. Jangan sesekali SHARE kepada sesiapa!
PIN/Password
• Jangan simpan dalam WhatsApp atau Telegram. Hafal terus dalam ingatan
- Paling penting, ingat password email utama sebab kalau hilang, habis semua akaun lain boleh diakses
BACA SAMPAI HABIS.
Jangan share nombor TAC atau kod dengan sesiapa melalui WhatsApp, SMS, Telegram, atau panggilan, termasuk -Suami atau Isteri/Kawan-kawan/Pihak bank, polis, hakim, atau syarikat telco
Ingat, sesiapa saja boleh menyamar. Jangan percaya bulat-bulat tanpa semakan
Hati-hati kalau kawan atau ahli keluarga tiba-tiba WhatsApp minta TAC
- Mungkin itu bukan mereka, tetapi orang lain yang menyamar
- Kadang-kadang nombor lama mereka telah didaftarkan semula oleh orang lain
- Penyamaran seperti ini biasa digunakan untuk mencuri akaun kita
Tip tambahan
Call dan camkan suara dan lebih baik VIDEO CALL. Berborak dulu, tanya kabar untuk pastikan itu memang orang yang kita kenal
Jangan buat keputusan segera. Permintaan mendesak atau tergesa-gesa biasanya perangkap. Ambil masa untuk semak dahulu
Macam Mana Nak Elak Kena Hack
Tetapkan kata laluan (password) untuk semua aplikasi
- Gunakan password sama untuk aplikasi biasa pun boleh supaya senang ingat. Tapi kalau nak beza, ejas sikit dengan simbol tertentu
- Untuk aplikasi banking, finance, atau investment, MESTI guna password BERBEZA yang lebih selamat
- Pastikan password email utama tidak sama dengan aplikasi lain sebab email adalah kunci kepada semua akaun penting
Aktifkan 2-Factor Authentication (2FA) untuk semua akaun WhatsApp, Telegram, email, aplikasi bank, dan lain-lain
Gunakan aplikasi seperti Authy, Google Authenticator, atau Apple Password untuk kod 2FA
Langkah mudah ini boleh selamatkan anda daripada scammer. Jangan pandang ringan!
Contoh Situasi Scam Melalui WhatsApp/Telegram
Modus Operandi Scammer:
Scammer menyamar sebagai kawan atau ahli keluarga melalui WhatsApp/Telegram. Mereka menggunakan nombor yang nampak seperti milik orang yang anda kenal, lengkap dengan nama dan gambar profil yang sama. Mereka biasanya akan hantar mesej dengan alasan yang nampak logik, seperti:
• “Tolong saya, saya ada masalah urgent. Saya perlukan bantuan segera, nanti saya explain.”
• “Saya tengah urus sesuatu dengan pihak bank, tapi nombor TAC tersilap hantar ke nombor awak. Boleh tolong bagi saya?”
• “Saya tengah stuck nak akses akaun saya, TAC sampai ke nombor awak sebab saya guna nama awak sementara. Boleh bagi sekejap?”
Apa yang sebenarnya berlaku?
• Nombor tersebut mungkin nombor lama kawan/keluarga anda yang telah didaftarkan semula oleh orang lain.
• Scammer akan cuba kelirukan anda dengan cerita palsu dan ayat mendesak.
• TAC yang mereka minta sebenarnya untuk mereka akses akaun penting anda, bukan untuk urusan mereka.
Jadi, jangan mudah terpedaya dengan cerita simpati atau alasan urgent. Hubungi kawan/ahli keluarga itu secara terus untuk pastikan kesahihan. Jangan sesekali beri TAC kepada sesiapa!
Contoh Situasi Scam Yang Biasa Berlaku
Modus Operandi Scammer:
Scammer akan call dan menyamar sebagai pegawai bank. Mereka akan kata anda perlu tukar kad kredit ke versi baru. Untuk itu, mereka akan minta anda semak nombor TAC yang dihantar melalui SMS kononnya untuk pengesahan.
Apa yang sebenarnya berlaku?
• Scammer sedang menggunakan fungsi “Forgot Password” untuk akaun anda.
• Anda akan terima SMS TAC, tapi sebenarnya itu adalah kod untuk mereka akses akaun anda.
• Jika anda beri TAC tersebut, mereka boleh tukar password akaun anda dan mula menggunakan kad kredit anda tanpa pengetahuan.
Jadi, jangan mudah percaya bila diminta nombor TAC. Ingat, bank takkan minta TAC melalui telefon!