ILMI adalah merupakan satu platform untuk menjadualkan aktiviti masjid/surau dan majlis-majlis ilmu yang akan dilaksanakan di sekitar komuniti kita
Tujuan utama platform ini adalah untuk memudahkan pengguna bagi mengetahui aktiviti ilmiah seperti ceramah agama, kuliah agama mingguan, bulanan dan ceramah perdana yang dirancangkan oleh jawatankuasa masjid/surau dan jk komuniti.
Ianya menjadi satu platform yang berpusat untuk menayangkan jadual majlis ilmu. Ianya adalah percuma untuk semua.
Apa yang diharapkan ada setiap individu dijemput untuk mendaftar di platform ini untuk membolehkan tuan-puan menyumbang menghantar maklumat tentang aktiviti-aktiviti berkenaan.
Adalah dijemput terutama sekali jawatankuasa masjid/surau untuk mendaftar dan menghantar maklumat jadual kuliah dan majlis ilmu di platform ini. Secara langsung akan meningkatkan penyebaran maklumat tentang majlis berkenaan dan memudahkan pengguna mengetahuinya melalui platform berpusat.
Melalui platform ini akan disenaraikan jadual berdasarkan tarikh, mingguan dan bulanan, berdasarkan lokasi dan jenis aktiviti.
Pengguna boleh search/mencari aktiviti yang telah dimasukan disekitar kediaman masing-masing. Aktiviti yang dipost juga boleh dishare ke social media untuk meningkatkan hebahan.
Setiap usaha anda untuk share maklumat majlis ilmu pastinya mendapat ganjaran diatas usaha kita dan semoga Allah swt memberkati usaha yang kecil ini
Saya juga sedang mengusahakan untuk membentangkan projek platform ini kepada Majlis Agama Islam Melaka (Maik) untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan yang bersesuaian.
Selain itu saya sangat memerlukan TEAM VOLUNTEER yang boleh membantu saya menjayakan projek ini. Individu yang berminat boleh menghubungi saya.
Social Entrepreneurship ini digerakkan oleh The Ilmi Project by Sebata Resources (Registered)
Platform – https://ilmi.sh9.co